CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 18, 2011

MAJLISPERWAKILANPELAJAR

Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.

Seperti yang dinyatakan dalam Subsekyen 48(10) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) menyatakan tujuan dan fungsi MPP antaranya ialah:

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

  1. Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;

  2. Tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;

  3. Membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;

  4. Diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan

  5. Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Proses pemilihan ahli MPP bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia merupakan salah satu aktiviti tahunan IPTA bertujuan memilih barisan kepimpinan yang baru yang akan mewakili semua pelajar di universiti sejajar dengan kehendak serta peruntukan yang terdapat dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) (Subsekyen 48(1),(2),(3),(4),(5) & (6)).
Proses pemilihan ini adalah sangat penting untuk memperbaharui barisan kepimpinan MPP di universiti dan melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Proses pemilihan ini juga akan memberi pendedahan yang sangat berguna di kalangan mahasiswa di universiti melalui proses ‘pilihan raya’ yang dijalankan dan seterusnya memilih barisan pemimpin pelajar yang akan menjadi pengantara kepada mahasiswa di universiti dengan pihak pengurusan universiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan masyarakat sekelilingnya