CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 24, 2011

SUCCESS !!


LANGKAH-LANGKAH KEJAYAAN :- Katakanlah kepada diri anda bahawa sesungguhnya anda adalah lebih hebat daripada orang lain. Dengan kata-kata tersebut gerakkan minda anda untuk menuju kepada kehebatan dan lakukan tindakan-tindakan untuk menuju kepada kejayaan.
1. Gunakan kata-kata baru yang penuh rangsangan kepada diri anda sendiri sebagai cabaran peribadi
2. Gunakan daya konsentrasi untuk memacu kekuatan dayafikir berkaitan apakah sebenarnya matlamat yang anda idamkan dan tranformasi untuk mencapainya.,
3. Berusaha untuk membina dan melakukan daya ingatan yang jauh lebih besar daripada yang sedia ada
4. Bentuk lah emosi-emosi yang baru dan lebih hebat berkaitan nikmat-nikmat kemanisan setiap kejayaan
5. Berusaha mengubah gaya ( personaliti ) sepertimana orang berjaya dan berfikiran besar
6. Bertindak dengan bijaksana melalui keputusan-keputusan yang lebih matang dengan cara mematangkan diri lebih awal dan sentiasa kehadapan melebihi orang lain secara sopan.
7. Belajar untuk menjadi lebih bijak selangkah kehadapan dalam apa juga prestasi pencapaian
8. Sentiasa bertindak menuju cita-cita yang baik
9. Mendewasakan diri lebih awal daripada rakan-rakan sebaya
10.Sentiasa berada dalam kebahagiaan ( Ceria ) dan gembira
11.Berkomunikasi lah dengan lebih baik dan sempurna
12.Meningkatkan banyak pembacaan ilmiah
13.Segera selesaikan masalah-masalah yang ada.dan elakkan tunggakan masalah
14.Bentuklah suasana persekitaran anda agar sentiasa ceria
15.Bertindak agar orang lain disekitar anda juga akan berasa gembira dan suka dengan sikap anda
16.Berfikiran dengan jelas dan profesional
17.Penuhi jiwa dengan hayalan-hayalan yang memberangsangkan
18.Mencuba dan mencuba, kegiatan demi kegiatan, usaha demi usaha dan projek demi projek
19.Tempuhi dengan berani setiap perjalanan mencabar tanpa ragu-ragu
20.Menghormati orang tua dengan sebaik mungkin
21.Perkayakan fikiran dan jiwa dengan ciptaan-ciptaan baru
22.Jaga kesihatan sebaik mungkin dan lindungi keluarga dengan sempurna
23.Sentiasalah bertawakal kepada Allah S.W.T dan hayati kekuasaan dan kebesarannya.

HASILNYA :- * Semuga anda mampu bertindak mengikut landasan yang sempurna dalam menuju perjalanan kehidupan masa hadapan yang lebih mencabar. Ingatlah jika sekiranya anda tersilap, maka padah dan akibatnya akan anda tanggung berpanjangan dengan seribu satu macam masalah kehidupan. Janganlah terpengaruh sepenuhnya dengan keseronokan yang terpamir tanpa menggunakan dayafikir untuk melakukan keputusan. Sentiasalah bayangkan kemanisan setiap kejayaan yang bakal anda nikmati sendiri dengan usaha dan tindakan yang betul dan bersih. Pastikan Hidup anda mendapat berkat daripada Allah S.W.T " HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT " - Melangkahlah dengan penuh semangat, jangan sesekali melangkah dengan longlai

0 comments:

Post a Comment